PERLEMBAGAAN
MAJLIS GURU BIMBINGAN PAHANG
Fasal 1 NAMA
Majlis yang ditubuhkan di bawah fasal-fasal ini dikenali dengan nama MAJLIS GURU BIMBINGAN PAHANG. Nama atau sebutan ringkasnya ialah MGBP
Fasal 2 ALAMAT DAN TEMPAT URUSAN
25000 Bandar Indera Mahkota,
Pahang Darul Makmur.
2.2 Daerah Pejabat Pelajaran Daerah Kuantan
25000 Kuanan
Pahang Darul Makmur
2.3 Sekolah Sekolah di mana Yang Dipertua atau Setiausaha menjadi jawatankuasa
Fasal 3 TAFSIRAN
3.1 Guru Bimbingan ialah guru / pegawai yang berkhidmat dengan Kementerian Pelajaran Malaysia yang mempunyai asas kaunseling dengan menyandang jawatan sebagai Guru Bimbingan Sepenuh masa di sekolah rendah, Kementerian Pelajaran Malaysia.
3.2 Jawatankuasa bermaksud Jawatankuasa Pentadbiran MGBP
3.3 Dana ialah kumpulan wang MGBP
3.4 Luput kelayakan keahlian MGBP apabila tidak lagi menyandang
jawatan Guru Bimbingan Sepenuh Masa di sekolah rendah
Fasa 4 LOGO
4.1 Bentuk Logo
4.2 Maksud Logo
4.2.1 Akronim MGBP bermaksud ‘Majlis Guru Bimbingan Pahang’ . Bentuk seperti orang dengan suatu pergerakan merujuk kepada ciri-ciri dinamik dan kreatif di mana ahli-ahli sentiasa sedia bergerak untuk kejayaan persatuan
4.2.2 Gabungan bentuk manusia dan kelopak bunga yang berkembang kreatif dan terkawal merujuk kepada ciri-ciri sistematik, stabiliti, konsisten, utuh dan berprinsip yang menjadi tunggak kepada pertubuhan
4.2.3 Bentuk pergerakan dalam suatu bulatan dan seperti jalinan otak merujuk kepada sensitiviti dan sentiasa sedar (alert) kepada perubahan, muafakat, bersatu dan meletakkan pemikiran / ilmu pengetahuan pada tahap tertinggi
4.3 Keterangan Tentang Warna
4.3.1 Hitam/putih - (tulisan putih sekiranya latar belakang hitam / gelap) melambangkan negeri Pahang. Juga melambangkan matlamat yang jelas dan putih ( tulisan ) melambangkan kesucian dan komitmen yang tinggi dalam menjalankan tugas.
4.3.2 Imej orang berwarna merah itu merujuk kepada dominan atau punca kuasa atau sumber pengetahuan yang berusaha memberi bimbingan kepada klien (imej kuning) memerlukan bantuan manakala bentuk imej orang berwarna oren itu merujuk kepada klien yang telah mendapat perkhidmatan bimbingan dan berupaya menyerap perkongsian ilmu berguna untuk perubahan yang membawa kepada nirwana iaitu kesejahteraan diri.
4.3.3 Merah - melambangkan komitmen, semangat (daya usaha) dan berani (daya juang) dalam menghadapi cabaran dan tugas yang diberikan dengan penuh amanah dan tanggungjawab.
4.3.4 Kuning - melambangkan kedaulatan dan kesetiaan kepada raja dan negara; juga merujuk kepada suatu pengiktirafan kepada persatuan
4.3.5 Perkembangan warna / ton warna - melambangkan keluasan dalam memberi idea dan pandangan, merujuk kepada proses bekerjasama, keharmonian, mengamalkan nilai-nilai murni seperti dan setiakawan
4.4 Motto
“ILMU MEMIMPIN, AKAL MEMBENTUK, AKHLAK MENUNJUK”
Fasa 5 TUJUAN MAJLIS GURU BIMBINGAN PAHANG
5.1 Meningkatkan keberkesanan dan impak perkhidmatan bimbingan dan kaunseling secara optimum di sekolah sesuai dengan dasar Pendidikan Negara
5.2 Memberi sokongan dan pandangan terhadap perlaksanaan dasar dan mempertahankan kepentingan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling
5.3 Meningkatkan tahap profesionalisme guru bimbingan melalui perkongsian pintar dalam aspek pengetahuan, kemahiran dan pengalaman.
5.4 Mewujudkan satu jaringan perhubungan dengan pihak berkuasa dan dan pihak yang berkaitan bagi menjaga kepentingan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.
5.5 Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di peringkat sekolah melalui pelbagai aktiviti latihan dan pendedahan bertaraf dunia di dalam ataupun di luar negeri.
5.6 Menilai dan meneliti kekuatan dan kelemahan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang telah, sedang dan akan dilaksanakan di sekolah.
5.7 Menjaga dan meningkatkan kebajikan ahli-ahli.
Fasal 6 PENUBUHAN
6.1 Penubuhan MGBP negeri adalah tertakluk di bawah kuasa-kuasa dan peruntukan Jabatan Pelajaran Negeri Pahang.
6.2 MGBP Daerah tertakluk kepada peraturan dan perlembagaan MGBP Negeri.
Fasal 7 PENAUNG DAN PENASIHAT
7.1 Majlis Guru Bimbingan Pahang ( Negeri )
7.2.1 Penaung
Menteri Besar Negeri Pahang
7.2 Majlis Guru Bimbingan Pahang ( Negeri )
7.2.1 Penasihat
Pengarah Pelajaran Negeri Pahang
7.3 Majlis Guru Bimbingan Pahang ( Daerah )
7.3.1 Penasihat
Pegawai Pelajaran Daerah
Fasal 8 KEAHLIAN
8.1 Semua Guru Bimbingan Sepenuh Masa yang telah dilantik dan bertugas di Sekolah Rendah Kerajaan, Bantuan Kerajaan di bawah pentadbiran Kementerian Pelajaran Malaysia adalah layak untuk menjadi ahli secara automatik.
8.2 Pendaftaran menjadi ahli hendaklah dihantar kepada Setiausaha Kehormat MGBP dengan menjelaskan Yuran Pendaftaran dan Yuran Keahlian melalui MGBP Daerah.
Fasal 9 YURAN KEAHLIAN
9.1 Yuran pendaftaran RM 20.00 sekali seumur hidup
9.2 Yuran keahlian RM 10.00 setahun dan mestilah dijelaskan sebelum sebelum mesyuarat agung.
9.3 Pengagihan yuran adalah seperti berikut ;
9.3.1 Daerah 60%
9.3.2 Negeri 40 %
Fasal 10 STRUKTUR MAJLIS GURU BIMBINGAN
10.1 MGBP adalah terdiri dari ;
10.1.1 Jawatankuasa MGBP Negeri
10.1.2 Jawatankuasa MGBP Daerah
Fasal 11 JAWATANKUASA MAJLIS GURU BIMBINGAN NEGERI / DAERAH
11.1 Jawatankuasa MGBP terdiri daripada;
11.2 Yang DiPertua (YDP)
11.3 Naib Yang DiPertua (NYDP)
11.4 Setiausaha Kehormat (SUK)
11.5 Penolong Setiausaha Kehormat
11.6 Bendahari Kehormat
11.7 Ahli Jawatankuasa (wakil)
11.7.1 Wakil SK
11.7.2 Wakil SJK (C)
11.7.3 Wakil SJK (T)
11.8 Ahli Jawatankuasa Negeri ( 5 orang ahli Jawatankuasa yang mewakili daerah PPD masing-masing )
11.9 Ahli Jawatankuasa Daerah ( Wakil daerah PPD yang dilantik sekurang- kurangnya 5 orang ) Bagi daerah yang kurang ahli, semua ahli akan menjadi ahli Jawatankuasa
11.10 Jawatan Setiausaha Kehormat dan Penolong Setiausaha Kehormat dan Bendahari Kehormat akan dilantik oleh YDP Negeri / Daerah
11.11 YDP Daerah adalah secara automatik menjadi ahli Jawatankuasa MGBP Negeri.
11.12 Mesyuarat Agung MGBP perlu diadakan sebelum 31 Mei setiap tahun
11.13 Jawatankuasa MGBP Negeri akan dipilih semasa mesyuarat agung tahunan 2 tahun sekali.
11.14 Pencalonan dan pengundian untuk sesuatu jawatan dalam Jawatankuasa itu hendaklah dibuat pada mesyuarat agung dengan cara undian atau sebagaimana diputuskan oleh Jawatankuasa MGBP
11.15 Tugas jawatankuasa Negeri / Daerah ialah mengelola, mengaturkan kerja-kerja Negeri/ Daerah mengikut perlembagaan MGBP. Jawatankuasa Jawatankuasa MGBP Negeri / Daerah hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya 1 kali dalam tempoh 4 bulan yang mempunyai cukup korum satu perdua yang hadir. Setiausaha Kehormat Daerah hendaklah memberi 1 salinan peringatan mesyuarat kepada Setiausaha Kehormat Negeri tidak lewat dari 14 hari selepas mesyuarat diadakan.
11.16 Ahli Jawatankuasa yang gagal menghadiri mesyuarat Jawatankuasa MGBP sebanyak tiga kali berturut-turut tanpa alasan yang munasabah adalah digugurkan atau dia sebagai telah meletakkan jawatan sebagai jawatankuasa MGBP.
11.17 Jawatankuasa MGBP Negeri / Daerah boleh melantik mana-mana ahli untuk mengisi kekosongan yang berlaku sehingga Mesyuarat Agung diadakan.
FASAL 12 TUGAS JAWATANKUASA MGBP NEGERI / DAERAH
12.1 Yang Dipertua MGBP Negeri / Daerah
12.1.1 Mempengerusikan mesyuarat agung dan mesyuarat jawatan- kuasa dan mesyuarat agung Negeri / Daerah.
12.1.2 Menggunakan undi kuasa sekiranya bilangan undi yang sama dalam mesyuarat.
12.1.3 Menandatangani peringatan mesyuarat
12.1.4 Menandatangani semua cek bersama-sama dengan Bendahari
Kehormat Negeri / Daerah
12.1.5 Melantik 3 orang ahli jawatankuasa mengikut keperluan dengan persetujuan jawatankuasa MGBP Negeri / Daerah
12.2 Naib Yang Dipertua
12.2.1 Membantu menjalankan tugas-tugas Yang DiPertua.
12.2.2 Memangku jawatan Yang Dipertua semasa ketiadaannya.
12.3 Setiausaha Kehormat
12.3.1 Menyimpan rekod semua perjalanan, aktiviti-aktiviti dan minit – minit mesyuarat Jawatankuasa MGBP.
12.3.2 Melayani, merekod dan mengambil tindakan semua surat MGBP
12.3.3 Menyimpan semua surat dan dokumen MGBP
12.3.4 Menyimpan daftar ahli MGBP
12.3.5 Menyediakan dan membentangkan laporan tahunan dalam mesyuarat agung untuk disahkan.
12.4 Penolong Setiausaha Kehormat
12.4.1 Membantu kerja-kerja Setiausaha Kehormat Negeri / Daerah
12.4.2 Memangku jawatan Setiausaha Kehormat Negeri / Daerah semasa ketiadaannya.
12.5 Bendahari Kehormat
12.5.1 Menyimpan dan merekod kira-kira bagi segala wang yang diterima atau dibayar.
12.5.2 Menyimpan dalam bank semua kutipan wang mengikut arahan
Jawatankuasa MGBP dan tidak boleh menyimpan wang tunai di tangan melebihi RM 300.00 sebagai wang runcit.
12.5.3 Membentangkan penyata kewangan yang telah diaudit sebelum
dibentangkan di dalam mesyuarat agung untuk disahkan.
12.5.4 Menguruskan segala jenis kutipan dan perbelanjaan MGBP
Seperti mana yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa MGBP
12.6 Ahli Jawatankuasa MGBP
Ahli-ahli Jawatankuasa MGBP hendaklah membantu menjalankan tugas- tugas Jawatankuasa lain dalam Fasal 12.1 hingga 12.5
Fasal 13 KEWANGAN MGBP NEGERI
13.1 Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan berikut. Wang MGBP boleh digunakan bagi perkara berfaedah bagi melaksanakan tujuan-tujuan atau aktiviti dan belanja pentadbiran MGBP Negeri.
13.2 Bendahari Kehormat dibenarkan menyimpan tidak lebih daripada RM 300 tunai pada satu-satu masa.Wang yang lebih dimasukkan ke dalam bank yang diluluskan oleh jawatankuasa MGBP Negeri.
13.3 Segala cek atau pengeluaran wang dalam kira-kira MGBP Negeri hendaklah ditandatangai oleh Bendahari Kehormat, Yang Di Pertua dan Setiausaha Kehormat jika melebihi RM10 000.00. Pengeluaran cek yang bernilai kurang dari RM10 000.00 mesti ditandatangani oleh Bendahari Kehormat, Yang Dipertua atau Setiausaha.
13.4 Perbelanjaan yang tidak melebihi RM 2 000.00 boleh diluluskan oleh YDP bersama-sama Setiausaha Kehormat dan Bendahari Kehormat. Perbelanjaan yang melebihi RM 2 000.00 hendaklah mendapat persetujuan daripada Jawatankuasa MGBP Negeri.
13.5 Penyata Kewangan yang diterima dan dibelanjakan serta penyata kira- kira bagi setahun hendaklah disediakan dan diperiksa oleh audit dalam yang dipilih di bawah Fasa 15 perlembagaan dengan seberapa segera setelah tamat tahun kewangan
13.6 Penyata kira-kira yang telah diaudit hendaklah dikemukakan untuk diterima oleh Mesyuarat Agung.
13.7 Tahun kewangan MGBP bermula pada 1 Januari dan berakhir pada 31 Disember pada tiap-tiap tahun.
Fasal 14 KEWANGAN MGBP DAERAH
14.1 Semua wang yang dikutip di Daerah akan menjadi aset MGBP Daerah
14.2 Semua wang MGBP Daerah hendaklah disimpan atas nama MGBP Daerah di dalam bank yang dipersetujui oleh Jawatankuasa MGBP Daerah.
14.3 Bendahari kehormat Daerah dibenarkan menyimpan wang tunai dalam tangan tidak melebihi dari RM 300.00 ( Ringgit : Tiga Ratus Sahaja) pada suatu masa.
14.4 Perbelanjaan yang tidak melebihi RM 2 000.00 ( Ringgit : Dua Ribu
Sahaja) boleh diluluskan oleh YDP Daerah bersama-sama Setiausaha Kehormat dan Bendahari Kehormat. Perbelanjaan yang melebihi RM 2 000.00 ( Ringgit: Dua Ribu Sahaja ) perlu mendapat persetujuan daripada jawatankuasa MGBP Daerah dan pengeluaran melebihi RM 2 000.00 hendaklah ditandatangani oleh tiga orang iaitu, Bendahari Kehormat ,YDP dan Setiausaha Kehormat. Sekiranya nilai cek itu kurang daripada RM 2 000.00 cek akan ditandatangan oleh dua orang iaitu Bendahari Kehormat , Yang Dipertua atau Setiausaha Kehormat.
14.5 Bendahari Kehormat Daerah hendaklah menyerahkan yuran tahunan kepada Bendahari Kehormat Negeri sebulan sebelum Mesyuarat Agung MGBP Negeri.
Fasal 15 JURUAUDIT DALAM
15.1 Dua orang Juruaudit Dalam dipilih semasa Mesyuarat Agung MGBP Negeri / Daerah (mana-mana yang berkenaan).
15.2 Juruaudit dikehendaki memeriksa kira-kira kewangan MGBP dan membuat laporan atau pengesahan untuk dibentang semasa Mesyuarat Agung. Juruaudit juga dikehendaki mengaudit kira-kira kewangan MGBP pada bila-bila masa yang diarah oleh YDP MGBP.
15.3 Juruaudit Dalam akan dipilih dua tahun sekali semasa Mesyuarat Agung.
Fasal 16 PENGAMANAH
16.1 Tiga orang pengamanah yang berumur lebih dari 21 hendaklah dilantik semasa Mesyuarat Agung MGBP jika difikirkan perlu dan mereka akan berkhidmat selama yang dikehendaki oleh MGBP.Semua harta tetap yang dipunyai oleh MGBP akan diamanahkan kepada mereka dengan menandatangai satu surat amanah ( Deed of Truth ).
16.2 Pengamanah tidak boleh menjual ,menarik balik atau memindahkan hak milik harta kepunyaan MGBP dengan tidak mendapat persetujuan dan kuasa yang diberikan oleh mesyuarat agung.
16.3 Seseorang pengamanah itu boleh dilucutkan daripada jawatannya oleh mesyuarat agung oleh sebab penyakit,tidak siuman, tidak berada di dalam negeri atau kerana sebab-sebab lain yang mengakibatkan tidak boleh menjalankan tugas atau tanggungjawab dengan memuaskan. Jika berlaku kematian, kekosongan itu dipenuhkan oleh pengamanah baru yang dilantik semasa mesyuarat agung Mesyuarat Agung MGBP Negeri / Daerah secepat mungkin.
Fasal 17 MESYUARAT AGUNG MGBP NEGERI.
17.1 Mesyuarat Agung MGBP Negeri hendaklah diadakan selewat-lewatnya 31 Mei setiap tahun. Tarikh, masa dan tempat bagi Mesyuarat Agung Tahunan akan ditetapkan oleh Jawatankuasa MGBP Negeri.
17.2 Seseorang ahli MGBP yang telah menjelaskan yuran tahunan mempunyai hak bersuara dan mengundi di dalam Mesyuarat Agung MGBP Negeri.
17.3 Korum untuk Mesyuarat Agung ialah sekurang-kurangnya dua pertiga daripada jumlah perwakilan negeri.
17.4 Jika forum tidak cukup selepas satu jam daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada satu tarikh ( tidak lebih 30 hari ) yang telah ditetapkan oleh jawatankuasa dan jika korum tidak cukup selepas satu jam daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat yang telah ditangguhkan itu maka berkuasalah perwakilan yang hadir untuk menjalankan mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa meminda perlembagaan majlis dan membuat keputusan yang melibatkan semua ahli majlis.
17.5 Agenda mesyuarat Agung bagi MGBP Negeri adalah seperti berikut :
17.5.1 Membentang dan menerima Peringatan Mesyuarat Agung yang
lalu.
17.5.2 Membentang dan menerima Penyata Tahunan MGBP Negeri.
17.5.3 Membentang dan menerima Penyata Kewangan bagi tahun
kewangan yang telah diaudit.
17.5.4 Memilih jawatankuasa MGBP Negeri dan dua orang Juruaudit
Dalam untuk tempoh dua tahun kecuali jawatan Setiausaha
Kehormat, Penolong Setiausaha Kehormat, Bendahari Kehormat dan 15 orang Jawatankuasa (YDP Daerah )
17.5.5 Membentang dan membahaskan usul.
17.5.6 Ucapan penangguhan
17.6 Notis mesyuarat agung yang menyatakan tarikh, masa dan tempat hendaklah dihantar oleh Setiausaha Kehormat kepada semua jawatankuasa dan perwakilan tiap-tiap daerah 14 hari sebelum mesyuarat .
17.7 Usul-usul atau cadangan dari MGBP Negeri hendaklah dihantar kepada Setiausaha Kehormat MGBP Negeri dalam tempoh 21 hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan untuk dibentang dan dibahaskan.
17.8 Mesyuarat Agung Khas Perwakilan bagi MGBP Negeri boleh diadakan
17.8.1 Bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa MGBP daerah.
17.8.2 Atas permintaan bertulis tidak kurang dari satu perlima daripada jumlah keahlian yang berhak mengundi dengan menerangkan tujuan dan sebab mengadakannya melalui Setiausaha Kehormat MGBP Negeri.
17.8.3 Mesyuarat Agung Khas Perwakilan yang diminta oleh ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan permintaan.
17.8.4 Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah diedarkan oleh Setiausaha Kehormat sekurang- kurangnya 14 hari sebelum mesyuarat tersebut kepada semua ahli
17.8.5 Setiausaha Kehormat MGBP Negeri hendaklah menghantar kepada semua Setiausaha Kehormat Daerah salinan peringatan
tiap-tiap Mesyuarat Agung Khas dengan seberapa segera setelah selesainya sesuatu mesyuarat itu dijalankan.
17.9 Fasa 17.3 berkenaan korum mesyuarat agung boleh diguna pakai untuk Mesyuarat Agung Khas.
Fasa 18 MESYUARAT AGUNG MGBP DAERAH
18.1 Mesyuarat Agung MGBP Daerah diadakan selewat- lewatnya 30 hari sebelum Mesyuarat Agung MGBP Negeri.
18.2 Agenda mesyuarat Agung MGBP Daerah adalah seperti berikut :
18.2.1 Membentang dan menerima peringatan Mesyuarat Agung yang lalu
18.2.2 Membentang dan menerima Penyata Tahunan MGBP daerah.
18.2.3 Membentang dan menerima Penyata Kewangan bagi tahun
kewangan yang telah diaudit.
18.2.4 Memilih Jawatankuasa MGBP Daerah dan dua rang Juruaudit Dalam untuk tempoh dua tahun kecuali jawatan Setiausaha Kehormat, Penolong Setiausaha Kehormat dan Bendahari Kehormat.
18.2.5 Membentang dan membahaskan usul
18.2.6 Ucapan penangguhan.
18.3 Setiausaha Kehormat Daerah hendaklah menghantar notis mesyuarat 7 hari sebelum mesyuarat Agung Tahunan diadakan dengan menyatakan tarikh, tempat dan masa kepada semua ahli.
18.4 Korum Mesyuarat Agung ialah dua pertiga dari jumlah ahli berhak
mengundi.
18.5 Jika korum tidak cukup selepas satu jam dari masa yang ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada satu tarikh tidak lebih 30 hari ) yang telah ditetapkan oleh jawatankuasa dan jika korum tidak cukup selepas satu jam daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat yang telah ditangguhkan itu maka berkuasalah perwakilan yang hadir untuk menjalankan mesyuarat tetapi `` tidak mempunyai kuasa membuat keputusan yang melibatkan ahli.
18.6 Suatu mesyuarat Agung Khas Daerah hendaklah diadakan :
18.6.1 Atas arahan Jawatankuasa Negeri atau
18.6.2 Apabila jawatankuasa Negeri memikirkan mustahak atau :
18.6.3 Atas permintaan bertulis tidak kurang satu perlima dari ahli MGBP
Negeri dengan menyatakan tujuan dan sebab mengadakan mesyuarat itu.
18.6.4 Fasa 18.4 di dalam perlembagaan ini berkaitan korum dan
penangguhan mesyuarat Agung Tahunan boleh digunakan untuk
Mesyuarat Agung Khas tetapi dengan syarat jika korum tidak
mencukupi selepas setengah jam dari masa yang ditetapkan bagi
Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli tersebut, maka
mesyuarat itu hendaklah dibatalkan dan dalam tempoh enam ( 6 )
bulan dari tarikh ini Mesyuarat Agung Khas atas permintaan
ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidak boleh diadakan.
18.6.5 Setiusaha Kehormat Negeri hendaklah menghantar kepada
Setiausaha Kehormat MGBP Daerah satu salinan peringatan
Mesyuarat Agung selepas selesai mesyuarat itu.
Fasa 19 PEMBUBARAN
19.1 Pembubaran MaGBiNS Negeri adalah tertakluk kepada kuasa-kuasa dan peruntukan Jabatan Pelajaran Negeri.
19.2 Pembubaran MGBP Negeri boleh dilaksanakan dengan persetujuan tidak kurang 2/3 daripada jumlah ahli.
19.3 Sekiranya MGBP Negeri dibubarkan maka segala tanggungan yang sah mengikut undang-undang hendaklah dijelaskan dan wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui oleh Jawatankuasa MGBP Negeri.
Fasa 20 PINDAAN PERLEMBAGAAN
20.1 Perlembagaan ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan Mesyuarat Agung Negeri.
Fasa 21 TAFSIRAN PERLEMBAGAAN
21.1 Di antara berlangsungnya Mesyuarat Agung MGBP Negeri,Jawatankuasa
boleh memberikan tafsirannya kepada perlembagaan ini dan apabila mustahak memutuskan perkara-perkara yang tidak terkandungdi dalam perlembagaan ini.
21.2 Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat semasa Mesyuarat Agung. Keputusan Jawatankuasa MGBP Negeri ke atas ahli-ahli adalah muktamat jika tidak diubah oleh keputusan Mesyuarat Agung.
Fasa 22 ETIKA MAJLIS GURU BIMBINGAN NEGERI
22.1 Pada setiap masa ahli dikehendaki mematuhi Kod Etika Kaunselor, Akta Pendidikan dan Akta Kaunselor 580.





